Borneo Fresh Farm- Cara Mudah Mendapatkan Produk Tempatan Segar di Sabah
Pada masa ini, rakyat Malaysia telah memasuki tempoh hampir 2 tahun bergelut dengan wabak Covid-19. Kemunculan pelbagai varian Virus Covid-19 yang semakin ganas menambah kebimbangan.Semakin ramai yang bimbang dan takut untuk keluar rumah disebabkan virus ini semakin mudah untuk merebak dan menjangkiti.
Para petani dan pengusaha ladang serta Peniaga kecil amat terjejas dengan situasi ini. Mereka tidak dapat menjual produk mereka di tamu atau pasar. Walaupun terdapat beberapa kawasan yang dibenarkan untuk dibuka, namun hasil jualan amat merosot kerana penurunan jumlah pelawat atau pembeli yang datang.
Bagi membantu para petani, pengusaha ladang serta peniaga kecil khususnya di Sabah.
Atas dasar ingin membantu, Kami telah mewujudkan platform pemasaran produk tempatan sabah bagi memudahkan golongan PKS dan petani untuk memasarkan produk mereka. Disamping itu, platform ini juga turut memudahkan pembeli untuk mendapatkan produk yang mereka inginkan.
Menitikberatkan SOP untuk mengurangkan risiko penyebaran virus Covid-19, para Pelanggan boleh membuat pembayaran secara dalam talian dan hanya perlu menunggu rider sampai.